Rombongan JPM berdikir di Jame’ ‘Asr

Rombongan JPM berdikir di Jame’ ‘Asr

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Dis – Rombongan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini telah mengadakan Majlis Dikir 12 Malam Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bagi Tahun 1437H / 2015M di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, di sini diketuai oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Pasukan Polis, Dato Paduka Seri Haji Bahrin bin Mohd Noor, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, para ketua jabatan, pegawai serta kakitangan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis dimulakan dengan solat fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh imam Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.

Para hadirin yang terdiri daripada warga Jabatan Perdana Menteri seterusnya membaca Dikir beramai-ramai yang kemudian disambung semula setelah menunaikan Solat Fardu Isyak.

Kegiatan keagamaan ini adalah untuk menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bagi Tahun 1437H/ 2015M yang merupakan salah satu acara kebesaran Islam yang diraikan oleh masyarakat beragama Islam di negara ini.

Majlis serupa telah diadakan pada hari Selasa, 16 Disember 2015 di Masjid Ash-Shaliheen.

ARTIKEL YANG SAMA