Rombongan kadet polis Singapura lawat Brunei

Rombongan kadet polis Singapura lawat Brunei

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Hubungan antara Pasukan Polis Diraja Brunei dan Pasukan Polis Republik Singapura terus diperkukuhkan dengan lawatan rombongan lebih 32 orang dari Kor Kadet Polis Kebangsaan (NPCC) Republik Singapura ke negara ini selama lima hari, bermula hari ini.

Mengalu-alukan rombongan berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, di sini, ialah para pegawai kanan dari Pasukan Polis Diraja Brunei dan Kementerian Pendidikan serta kadet-kadet Polis Diraja Brunei.

Semasa berada di negara ini sehingga 29 Mei, rombongan itu akan dibawa melawat ke beberapa tempat menarik termasuk Polis Marin dan Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas.

Selain itu, mereka juga akan membuat lawatan ke rumah panjang Sukang, Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja dan Taman Permainan Jerudong.

Rombongan NPCC Republik Singapura bergambar ramai sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi lawatan sambil belajar ke negara ini.
Rombongan NPCC Republik Singapura bergambar ramai sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi lawatan sambil belajar ke negara ini.

Pegawai Menguasa Pasukan Kadet Polis Diraja Brunei, Senior Inspektor Pengiran Abdul Aziz bin Pengiran Haji Muhammad berkata, lawatan itu bertujuan memberikan pendidikan sosial dan budaya kepada penuntut-penuntut Singapura dan juga Brunei Darussalam.

Selain itu, menerusi interaksi langsung, kedua-dua belah pihak dapat bertukar pendapat dan belajar sesama mereka.

ARTIKEL YANG SAMA