Rombongan Kementerian Pendidikan berdikir di Jame’ ‘Asr

Rombongan Kementerian Pendidikan berdikir di Jame’ ‘Asr

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Dis – Sempena menyambut kedatangan Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W 1437 Hijrah, rombongan Kementerian Pendidikan juga turut tidak ketinggalan dalam mengadakan Majlis Berdikir Ke Masjid-masjid Bagi Rombongan Kementerian Pendidikan Sempena Sambutan Maulidur Rasul di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

Ia merupakan aktiviti tahunan bagi Kementerian Pendidikan dan pada tahun ini, majlis dikendalikan oleh Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Kokurikulum dan Bahagian Pengajian Tinggi.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis berkenaan ialah Pemangku Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

Turut hadir Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Haji Abdul Rahim bin Derus, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai serta kakitangan dari Kementerian Pendidikan.

pg03_151217_d

pg03_151217_f

pg03_151217_e

Majlis telah dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom diikuti dengan Dikir Assalamualaika, Dikir Hairuman dan beberapa dikir lain.

Majlis diteruskan dengan sembahyang Fardu Isyak berjemaah dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

Majlis berdikir ke masjid-masjid ini diadakan bagi menggalakkan warga Kementerian Pendidikan untuk terus berselawat dan memuji junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, di samping menunjukkan rasa kasih sayang terhadap jasa-jasa Baginda yang telah memancarkan cahaya dan roh Islam kepada umat Islam.

Majlis serupa akan terus diadakan oleh rombongan Kementerian Pendidikan di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop pada hari Jumaat, 18 Disember 2015.

ARTIKEL YANG SAMA