Rombongan Kg Jerudong kunjungi Jabatan Mufti

Rombongan Kg Jerudong kunjungi Jabatan Mufti

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Nov – Seramai 50 orang penduduk Kampung Jerudong menyertai dalam lawatan ke Jabatan Mufti Kerajaan sebagai sebahagian dari Program Masyarakat Bermaklumat anjuran Jabatan Penerangan, hari ini.

Ketua Kampung Jerudong, Haji Mohammad Rais bin Haji Ishak semasa ditemui dalam lawatan itu menjelaskan, program ini adalah salah satu inisiatif jabatan untuk memberi dan berkongsi maklumat rasmi kerajaan kepada penduduk di Kampung Jerudong.

Program ini merupakan salah satu inisiatif jabatan yang ingin memberi peluang kepada masyarakat terutama penduduk kampung untuk menerima apa saja maklumat yang ada daripada pihak kerajaan negara.

Antara peserta program yang menyertai lawatan tersebut.
Antara peserta program yang menyertai lawatan tersebut.

Selain mengadakan lawatan ke Jabatan Mufti Kerajaan, rombongan berkenaan juga mengadakan lawatan dan mendengarkan taklimat di beberapa buah jabatan kerajaan yang menerangkan fungsi dan peranan jabatan masing-masing.

Antara jabatan kerajaan yang dilawati adalah BMC Food Industries Sdn Bhd dan Mangrove Paradise Resort Brunei.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan berkongsi maklumat mengenai perkembangan serta usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan taraf kehidupan rakyat melalui taklimat dan lawatan.

ARTIKEL YANG SAMA