Rombongan KHEDN bertadarus di Temburong

Rombongan KHEDN bertadarus di Temburong

TEMBURONG, 6 Julai – Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Jabatan-jabatan di bawahnya meneruskan lagi kunjungan bertadarus Al-Quran ke Daerah-daerah sempena bulan Ramadan 1436H bersama Majlis-majlis Perundingan Mukim dan Kampung dengan berkunjung ke Masjid Kampung Labu Estate, Temburong.

Kunjungan tersebut adalah bagi mendekatkan lagi hubungan silaturahim antara kementerian dengan kepimpinan akar umbi dan penduduk-penduduk mukim dan kampung di Daerah Temburong khususnya di kawasan luar bandar.

Ia merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan kementerian dalam meraih kemanfaatan dan pahala di bulan Ramadan di samping memakmurkan masjid bersama penduduk-penduduk kampung.

Rombongan diketuai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Haji Sulaiman bin Haji Ahad, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap KHEDN, Pegawai Daerah Temburong, Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah, penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua jabatan, ahli-ahli MPK Daerah Temburong berserta penduduk kampung sekitarnya.

Salah seorang anak yatim menerima sumbangan derma daripada Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin.
Salah seorang anak yatim menerima sumbangan derma daripada Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin.
Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin dan Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi ketika menghadiri majlis bertadarus tersebut.
Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin dan Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi ketika menghadiri majlis bertadarus tersebut.

Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian derma anak-anak yatim kepada lima orang penerima di bawah tadahan Kampung Labu Estate yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin.

Majlis kemudian diteruskan lagi dengan berbuka puasa bersama-sama penduduk-penduduk Kampung Labu Estate yang disusuli pila dengan menunaikan sembahyang fardu Maghrib berjemaah.