Rombongan Kolej IGS lawat UMS

Rombongan Kolej IGS lawat UMS

Oleh Imelda Farrah Zohre HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Dalam mencari peluang-peluang untuk mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran dalam program-program baru diperkenalkan, rombongan Kolej IGS telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Malaysia Sabah (UMS), baru-baru ini.

Rombongan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej IGS, Pengiran Hajah Fatimah binti PSJ Pengiran Haji Abdul Momin itu disertai ahli-ahli lembaga pengarah, pegawai tugas-tugas khas dan para pensyarah kolej berkenaan.

Kehadiran rombongan telah dialu-alukan oleh Naib Canselor UMS, Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Kamaruddin bin Dato Mudin.

Lawatan kerja tersebut bukan saja melihat peluang-peluang baru dalam program penyiaran radio dan produksi video malah juga program Seni dan Reka Ben-uk sambil mengeratkan hubungan silaturahim dalam bidang yang sama.

Lawatan ke salah sebuah stesen radio di Sabah.
Lawatan ke salah sebuah stesen radio di Sabah.

ARTIKEL YANG SAMA