Rombongan KUPU SB sertai APUCEN ke-7

Rombongan KUPU SB sertai APUCEN ke-7

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar KUPU SB

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Nov – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), baru-baru ini, telah menyertai Majlis Mesyuarat Rangkaian Urusan Komuniti Universiti Asia-Pasifik (APUCEN) ke-7 yang berlangsung di Boulevard 1, Outrigger Surfers, Paradise Hotel Gold Coast, Australia.

Hadir mewakili KUPU SB ke mesyuarat itu ialah Timbalan Ra’es Dr. Haji Adanan bin Haji Basar selaku Ketua Rombongan KUPU SB dan pensyarah, Awang Ali Hardi bin Haji Mohamed selaku Pegawai Perhubungan (KUPU SB–APUCEN).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, pada pertengahan tahun yang lalu, KUPU SB secara rasminya telah bersetuju atas lantikan sebagai ahli Majlis APUCEN.

Bergambar ramai bersama wakil-wakil APUCEN dari negara yang lain.
Bergambar ramai bersama wakil-wakil APUCEN dari negara yang lain.
Dr. Haji Adanan dan Awang Ali Hardi (kiri) semasa hadir di mesyuarat tersebut.
Dr. Haji Adanan dan Awang Ali Hardi (kiri) semasa hadir di mesyuarat tersebut.

Melaluinya, KUPUS SB dijemput untuk menghadiri beberapa mesyuarat bersama ahli-ahli majlis yang lain untuk membincangkan hal ehwal aktiviti dan perancangan APUCEN.

APUCEN bertujuan untuk menggalakkan dan menanam konsep-konsep kerja komuniti dan nilai kepada kakitangan serta pelajar institusi pengajian tinggi di samping mewujudkan pembinaan keupayaan untuk perkongsian komuniti universiti.

Selain itu, ia turut menyebar dan berkongsi maklumat, pengetahuan, sumber dan amalan yang baik dalam kerja komuniti dan usaha sama membangunkan sumber bagi menyokong projek utama negara.

ARTIKEL YANG SAMA