Rombongan Labuan, Kelantan adakan kunjungan muhibah

Rombongan Labuan, Kelantan adakan kunjungan muhibah

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jan – Rombongan seramai 31 orang dari Perbadanan Labuan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan muhibah ke negara ini bermula 16 Januari lalu.

Rombongan diketuai oleh Pengerusi Puspanita Wilayah Persekutuan Labuan, Datin Hamidah binti Ladi dan Pengerusi Puspanita cawangan Negeri Kelantan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datin Hajah Ros Aini binti Haji Ghazali.

Menurut kenyataan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, lawatan selama dua hari ini bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua buah agensi kerajaan yang mempunyai kepentingan bersama dan mempromosikan Tahun Melawat Negeri Kelantan 2016.

Semasa lawatan tersebut rombongan telah mengadakan perjumpaan muhibah kepada Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, Pengiran Dato Paduka Haji Abd Rahman bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail dan beberapa orang pegawai dari Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan.

Penyampaian cenderamata kepada salah seorang ahli rombongan.
Penyampaian cenderamata kepada salah seorang ahli rombongan.

Di samping itu, rombongan juga telah membuat lawatan ke tempat-tempat menarik di negara ini antaranya Masjid Omar ‘Ali Saifuddien dan Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja.

Rombongan bertolak balik melalui Terminal Serasa, Muara ke Labuan, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA