Rombongan masjid lawat Labuan

Rombongan masjid lawat Labuan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Sebagai usaha untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama ahli jawatankuasa takmir masjid, para Muslimah dan belia masjid, seramai 14 ahli rombongan Masjid Kampung Perpindahan Mata-mata Gadong telah mengadakan lawatan ke Wilayah Persekutuan Labuan, hari ini.

Rombongan yang terdiri daripada empat ahli jawatankuasa, empat Muslimah dan enam Belia Masjid itu diketuai oleh Bilal Masjid, Awang Azim bin Haji Ismail.

Perjalanan dari Terminal Serasa menggunakan kapal Suria bermula jam 8 pagi dari Brunei menuju ke Labuan yang mengambil masa selama satu jam.

Rombongan Masjid Kampung Perpindahan Mata-mata Gadong bergambar ramai sebelum berlayar ke Wilayah Persekutuan Labuan. - Gambar Takmir Masjid Kg. Perpindahan Mata-Mata
Rombongan Masjid Kampung Perpindahan Mata-mata Gadong bergambar ramai sebelum berlayar ke Wilayah Persekutuan Labuan. – Gambar Takmir Masjid Kg. Perpindahan Mata-Mata

ARTIKEL YANG SAMA