Rombongan Masjid Zainab adakan lawatan ke ibu negara

Rombongan Masjid Zainab adakan lawatan ke ibu negara

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

BANDAR SERI BEGAWAN/BELAIT, 20 Nov – Lebih 50 orang kalangan pelajar dan guru Kelas Al-Quran dan Muqaddam Masjid Zainab Kampung Lumut telah mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa buah tempat di ibu negara baru-baru ini sebagai salah satu aktiviti menambahkan lagi pengetahuan dan pengalaman mereka.

Rombongan yang diketuai Guru Penghubung Kelas Al-Quran dan Muqaddam, Haji Mohd Yusof itu telah melawat ke Muzium Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Bolkiah Garisson dan Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja.

Lawatan itu antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara para pelajar dengan tenaga pengajar mereka selain menambah ilmu pengetahuan dengan melawat tempat-tempat berkenaan.

Rombongan Kelas Al-Quran dan Muqaddam Masjid Zainab ketika melawat ke Muzium Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Rombongan Kelas Al-Quran dan Muqaddam Masjid Zainab ketika melawat ke Muzium Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA