Rombongan murid JIS lawat Bake Culture

Rombongan murid JIS lawat Bake Culture

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Dis – Bake Culture, hari ini, mengalu-alukan kunjungan seramai 60 orang murid Tahun 2 berumur 5 dan 6 tahun dari Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS).

Dalam lawatan itu, rombongan yang diketuai oleh Pegawai JIS ialah Guru Tahun 2, Miriam Legg, Michael Picken dan Sue, telah berpeluang untuk melibatkan diri dalam beberapa aktiviti termasuk melukis, mengenal barangan bakar dan menjawab beberapa soalan dalam buku.

Selain itu, mereka juga dibawa melawat ke bahagian dapur Bake Culture untuk melihat bagaimana kakitangan menyediakan dan memproses makanan seperti roti yang dibakar.

Ini merupakan salah satu daripada kunjungan yang diterima oleh Bake Culture sejak ia dibuka pada Ogos lalu.

Antara murid JIS yang mengadakan lawatan ke Bake Culture di Kiulap.
Antara murid JIS yang mengadakan lawatan ke Bake Culture di Kiulap.

Pengarah Urusan Bake Culture, Wu Chun, berkata; “Kami menerima banyak pertanyaan daripada pihak sekolah, korporat dan pelancong luar untuk mengelolakan lawatan ke Bake Culture untuk mereka tetapi kami tolak dan menunggu sehingga sekarang untuk memastikan memberi pengalaman terbaik untuk mereka.

“Hari ini kami melihat kanak-kanak gembira dan memberi kami kepastian untuk meneruskan lawatan ini,” tambahnya.

Kepada yang berminat untuk membuat lawatan ke Bake Culture, bolehlah menghubungi talian hotline 2233663 atau di media sosialnya.

ARTIKEL YANG SAMA