Rombongan pegawai haji berlepas ke Tanah Suci

Rombongan pegawai haji berlepas ke Tanah Suci

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Ogos – Seramai 13 orang yang terdiri daripada lima pegawai haji pentadbiran dan lapan orang pegawai haji perubatan Maktab Urusan Haji Negara Brunei Darussalam bagi Musim Haji Tahun 1437H/2016M bertolak ke Arab Saudi bagi membuat persiapan awal mengenai pengurusan hal ehwal haji sebelum ketibaan bakal-bakal jemaah haji ke Tanah Suci.

Rombongan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Pentadbiran Maktab Urusan Haji, Haji Abdullah bin Haji Mohammad bertolak hari ini dengan menggunakan pesawat Diraja Brunei BI098 pada jam 7:55 malam.

Hadir mengucapkan selamat belayar kepada rombongan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof dan Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Zakaria bin Haji Serudin.

Setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap dari Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Kesihatan bersama 13 orang rombongan pegawai haji ketika bacaan Doa Selamat sebelum rombongan berlepas.
Setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap dari Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Kesihatan bersama 13 orang rombongan pegawai haji ketika bacaan Doa Selamat sebelum rombongan berlepas.

Turut hadir ialah Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Harun bin Haji Junid dan Awang Roslan bin Haji Taja’ah; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Dr. Hazri bin Haji Kifli dan Dr. Hajah Maslina binti Haji Mohsin, beberapa orang pegawai dari kedua-dua kementerian serta ahli keluarga rombongan pegawai haji.

Haji Abdullah ketika ditemui menjelaskan mereka telah pun melakukan permohonon awal berkaitan urusan haji.

Beliau memberitahu jemaah haji penerbangan pertama akan bertolak pada 18 Ogos manakala penerbangan kedua pula pada 19 Ogos ini.

ARTIKEL YANG SAMA