Rombongan pengurus ASG7 Indonesia selamat tiba

Rombongan pengurus ASG7 Indonesia selamat tiba

Oleh Pengiran Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Sekumpulan pengurus pasukan atlet dari Indonesia selamat tiba ke Negara Brunei Darussalam untuk menguruskan para atlet negara itu yang berada di negara ini bagi menyertai Sukan Sekolah-sekolah ASEAN kali ke-7 (ASG7).

Seramai 621 atlet daripada kalangan pelajar-pelajar sekolah di bawah usia 18 tahun, mewakili lapan buah negara ASEAN iaitu Negara Brunei Darussalam, Malaysia, Indonesia, Laos, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam menyertai sukan tersebut.

Pasukan Indonesia akan menyertai kesemua tujuh jenis sukan iaitu olahraga, badminton, sepak takraw, renang, golf, bola jaring dan pencak silat.

Rombongan pengurus pasukan ASG7 Indonesia ketika selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Rombongan pengurus pasukan ASG7 Indonesia ketika selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Majlis pembukaan rasmi ASG7 berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas dan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

Kejohanan ASG7 berlangsung selama empat hari bermula semalam 23 hingga 26 November ini. Bagi orang ramai yang ingin mengikuti perkembangan ASG7 tahun ini, boleh lah melayari laman sesawang rasmi kejohanan di alamat http://asg7.moe.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA