Rombongan qari negara selamat tiba

Rombongan qari negara selamat tiba

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Rombongan negara ke pertandingan bacaan dan penghafalan Al-Quran peringkat antarabangsa di Istanbul pada 6 hingga 12 Julai lalu, selamat sampai ke tanah air petang tadi.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei disambut oleh Pegawai-pegawai Kanan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama. Rombongan terdiri daripada Haji Idris bin Haji Aji, selaku pengurus rombongan; Haji Ismail bin Haji Sulaiman (pembimbing); Awang Muhammad Najib bin Haji Aliakhbar (peserta Kategori Menghafaz 30 Juz) dan Awang Haji Nasrul Fakhri bin Haji Yahya (peserta Kategori Membaca Al-Quran Dengan Berlagu).

Pada pertandingan itu, peserta negara bagaimanapun tidak berjaya mendapat tempat tetapi menurut Haji Idris ini adalah penyertaan pertama dan sebagai cabaran baru dalam pertandingan antarabangsa.

pg02_150715_a

ARTIKEL YANG SAMA