Rombongan Rotary KB lawat Pusat Ehsan

Rombongan Rotary KB lawat Pusat Ehsan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 15 Jan – Serombongan ahli Kelab Rotary Kuala Belait, hari ini, telah mengadakan lawatan ke Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam cawangan Daerah Belait di Jalan Maulana di sini.

Lawatan berkenaan, yang diketuai oleh Presiden Kelab Rotary Belait, Dayang Helen dan disertai sama oleh beberapa ahli jawatankuasa tertinggi lainnya termasuk PE Patrict, Camille, PP Toh dan Tosan, merupakan aktiviti rutin mereka di pusat tersebut. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyampaikan cenderahati berupa barangan makanan, bersempena Sambutan Tahun Baru Cina yang akan menjelang awal bulan depan.

Mengalu-alukan ketibaan rombongan ialah Pengerusi Pusat Ehsan cawangan Daerah Belait, Dayang Hamimah binti Haji Sapar serta para tenaga pengajar di pusat berkenaan.

Rombongan Kelab Rotary Daerah Belait bergambar ramai bersama warga Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam cawangan Belait.
Rombongan Kelab Rotary Daerah Belait bergambar ramai bersama warga Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam cawangan Belait.

Beliau dalam ucapan alu-aluannya menyatakan, pusat mereka akan memperkenalkan lebih banyak latihan-latihan kemahiran kerja kepada pelajar-pelajar supaya mereka akan lebih mudah mendapatkan pekerjaan.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang mempunyai kemahiran dalam menjaga dan melatih pelajar-pelajar istimewa supaya tampil meluangkan masa secara sukarelawan ke pusat mereka atau menghubungi pusat mereka di talian 3347503 atau mengunjungi pusat mereka di No 275 Simpang 141 Jalan Maulana Kuala Belait.

ARTIKEL YANG SAMA