Rombongan Sekolah Fairview lawat DBP

Rombongan Sekolah Fairview lawat DBP

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Nov – Dengan hasrat untuk memberi pendedahan serta menggalakkan kanak-kanak sekolah supaya rajin membaca, seramai 136 pelajar bersama 14 guru mereka dari Sekolah Fairview telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Bandar Seri Begawan, hari ini.

Lawatan rombongan pelajar yang berusia 3 hingga 11 tahun itu dihasratkan agar mereka dapat mengenali peranan, tanggungjawab, perkembangan DBP secara lebih dekat, selain menarik minat para pelajar untuk menjadi ahli DBP dan menggalakkan mereka agar lebih rajin membaca.

Pada lawatan berkenaan, rombongan turut mendengar taklimat yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Perpustakaan, Dayang Sukartine binti Haji Mat Hasin.

Para pelajar dan guru-guru berkesempatan bergambar ramai semasa lawatan ke Perpustakaan DBP di ibu negara.
Para pelajar dan guru-guru berkesempatan bergambar ramai semasa lawatan ke Perpustakaan DBP di ibu negara.

Di samping itu, para pelajar turut berpeluang mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti yang telah disediakan seperti sesi membaca, mari bercerita dan menyertai aktiviti melukis dan mewarna.

Semasa lawatan itu, rombongan juga dibawa melawat ke Bahagian Perkhidmatan Pengguna Perpustakaan termasuk Bahagian Perkhidmatan Peminjaman Dewasa, Muda-Mudi dan Kanak-kanak, koleksi ASEAN dan Perkhidmatan Siber.