Rombongan Singapura lawat SM Tanjong Maya

Rombongan Singapura lawat SM Tanjong Maya

TUTONG, 17 Nov – Rombongan terdiri daripada para pelajar, guru dan pegawai dari Kementerian Pendidikan Republik Singapura telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Sekolah Menengah Tanjong Maya (SMTM), Tutong, baru-baru ini.

Antara tujuan lawatan berkenaan adalah untuk mendedahkan rombongan Singapura untuk mengenal lebih dekat mengenai adat tradisional Melayu di negara ini di samping mengetahui bagaimana sistem pembelajaran Bahasa Melayu diajarkan dalam kelas.

Bagi mengalu-alukan rombongan pelawat terutama pelajar Singapura yang dipilih antara pelajar terbaik dalam Program Emas yang diungkayahkan di tiga buah sekolah menengah di Singapura, SMTM turut menyediakan aktiviti seperti membuat persembahan mengenai tarian Puak Dusun dan menunjuk cara Adat Berbasuh Kaki dalam majlis perkahwinan Puak Tutong.

Rombongan Singapura berkesempatan bergambar ramai bersama warga SMTM semasa kunjungan mereka ke sekolah itu baru-baru ini.
Rombongan Singapura berkesempatan bergambar ramai bersama warga SMTM semasa kunjungan mereka ke sekolah itu baru-baru ini.

Manakala alat permainan tradisi Brunei seperti Simban, Congkak, Pasang, Gatah dan Tinting telah diperkenalkan kepada rombongan selain mereka juga berpeluang mencuba makanan tempatan seperti Ambuyat dan Nasi Katok.

Pada penghujung aktiviti, pelajar-pelajar Singapura turut diberi kesempatan untuk menyertai pembelajaran Bahasa Melayu di beberapa buah kelas bersama-sama para pelajar SMTM.

ARTIKEL YANG SAMA