Rombongan UMPAR lawat UNISSA

Rombongan UMPAR lawat UNISSA

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Feb – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), hari ini, telah menerima kunjungan daripada rombongan dari Universitas Muhammadiyah Parepare (UMPAR), Sulawesi Selatan sebagai tanda pengiktirafan terhadap UNISSA sebagai sebuah universiti Islam yang unggul di rantau Asia.

Menurut kenyataan UNISSA, kunjungan persefahaman ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua buah universiti di samping mengadakan perbincangan persefahaman dalam perkongsian kepakaran masing-masing.

Kunjungan Silaturahim ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad manakala penerangan mengenai sejarah perkembangan Islam di Negara Brunei Darussalam sehingga tertubuhnya UNISSA telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Pengajian Lepas Ijazah, Dr. Hajah Rasinah binti Haji Ahim.

Delegasi UMPAR, Sulawesi Selatan berkenaan telah diketuai oleh Wakil Rektor II, Ahmad Selao, S.T.P, M.T dan diiringi oleh Setiausaha Pertama, Kedutaan Republik Indonesia di Negara Brunei Darussalam, Shinta Hapsari.

Turut hadir ialah Penolong Rektor UNISSA, Dr Arman bin Haji Asmad, pengarah perhubungan awam dan antarabangsa, para pegawai dan mahasiswa-mahasiswi Pengajian Lepas Ijazah UNISSA.

Dr. Haji Mohhammed Hussain (duduk tiga dari kanan) bergambar ramai bersama rombongan dari UMPAR
Dr. Haji Mohhammed Hussain (duduk tiga dari kanan) bergambar ramai bersama rombongan dari UMPAR

ARTIKEL YANG SAMA