Romero sertai Man United

Romero sertai Man United

LONDON, 27 Julai (Reuters) – Manchester United menandatangani kontrak bersama penjaga gol Argentina, Sergio Romero dengan perjanjian selama tiga tahun, umum kelab itu, hari ini.

Pemain berusia 28 tahun itu pernah beraksi di bawah bimbingan pengurus Man United, Louis van Gaal ketika beraksi bersama kelab Belanda, AZ Alkmaar pada 2009.

Musim panas ini, kontrak Romero bersama kelab Itali, Sampdoria berakhir yang membawa kepada perpindahan ke England.

“Untuk bermain bagi kelab terbesar di dunia adalah mimpi jadi kenyataan kepada saya,” kata Romero.

“Louis van Gaal adalah pengurus yang menakjubkan dan saya tidak sabar untuk memulakan cabaran baharu dalam karier saya.”

Romero bersatu semula dengan Louis van Gaal di Manchester United. – Reuters
Romero bersatu semula dengan Louis van Gaal di Manchester United. – Reuters

Romero menyertai sesi jelajah pramusim Man United di Amerika Syarikat yang menyaksikan Red Devils menewaskan Barcelona 3-1, semalam.

Beliau membuat penampilan pertama di dalam La Primera Argentina bersama Racing Club pada 2007.

Sejak itu beliau telah bermain untuk negaranya beberapa kali, dan merupakan sebahagian daripada skuad Argentina untuk Piala Dunia 2014 di Brazil di mana mereka selesai sebagai naib juara kepada Jerman.

“Dia seorang penjaga gol muda pada masa saya di AZ Alkmaar dan saya gembira dia menyertai Manchester United,” Van Gaal berkata di laman web kelab.

“Dia akan menjadi tambahan yang bagus kepada pasukan dan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau sekali lagi.”