Romero taruha...

Romero taruhan Man United untuk Liga Europa

SOUTHAMPTON, United King-dom, 18 Mei – Sergio Romero mempamerkan permainan yang menarik tumpuan dalam persaingan pra-Liga Europa dengan menyelamatkan sepakan penalti ketika Manchester United hanya seri 0-0 di Southampton dalam dua aksi terakhir persaingan Liga Perdana semalam.

Pengurus United Jose Mourinho mengesahkan Romero akan beraksi menentang Ajax di Stockholm Rabu depan dan usaha awalnya terhadap percubaan Manolo Gabbiadini membantu pasukan pelawat menghalang kesukaran selepas kekalahan berturut-turut kepada Arsenal dan Tottenham Hotspur.

Pemain antarabangsa Argentina itu yang menggantikan David de Gea juga bertindak cemerlang beberapa kali pada awal separuh masa kedua di St Mary untuk mengekang Southampton bimbingan Claude Puel.

“Kami menentang pasukan yang bagus, pasukan yang cuba untuk menang dan cuba untuk menamatkan perlawanan dengan baik. Saya rasa kami melakukan lebih dari OK,” kata Mourinho.

Romero taruhan Mourinho untuk mengawal gawang United pada pertemuan final Liga Europa menentang Ajax minggu depan. – AFP
Romero taruhan Mourinho untuk mengawal gawang United pada pertemuan final Liga Europa menentang Ajax minggu depan. – AFP

“Sergio mempamerkan permainan yang bagus, lebih daripada bagus. Pasukan itu tidak sempurna tetapi secara individu mereka memberikan saya perkara yang bagus.

“Mereka menunjukkan saya mereka mahukan pilihan bagi perlawanan akhir.”

Keputusan itu tidak mempunyai kesan ke atas musim United dengan menyatakan mereka bersedia untuk menamatkan tangga keenam dan bermakna pasukan Mourinho sekarang mencatatkan seri 15 kali.

Mourinho juga memberi jaminan untuk menyudahkan musim pertama bersama United dengan beberapa kemenangan liga berbanding mantannya David Moyes dan Louis van Gaal tiga musim yang lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA