Rompak di jalan raya: 2 beradik didakwa

Rompak di jalan raya: 2 beradik didakwa

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Dua adik-beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas pertuduhan merompak sebuah van yang membawa silinder gas baru-baru ini.

Tiada pengakuan diambil daripada Pengiran Zamani dan Awangku Saiful Nizam bin Pengiran Metasan/Daud dalam sebutan secara berasingan.

Kedua-dua tertuduh didakwa merompak dengan menghadang van berkenaan dan mengarahkan pemandunya, Rajesh Seetharaman berusia 35 tahun untuk menyerahkan wang $44 dan telefon bimbit Samsung Galaxy S2.

Kejadian berlaku di Jalan 77, Kampung Perpindahan Lambak Kanan sekitar jam 9:30 pagi pada 8 Julai 2015.

pg06_150713_mahkamah logo

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Pengiran Suzana binti Pengiran Haji Abas dan Mohd Abdul Raafe’ bin Haji Ibrahim untuk kedua-dua tertuduh ditahan reman bagi membantu siasatan polis.

Ketua Majistret turut menetapkan 16 Julai untuk sebutan semula.

ARTIKEL YANG SAMA