Rompak van: Suspek ketiga didakwa

Rompak van: Suspek ketiga didakwa

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_150714_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Seorang lagi lelaki tempatan yang terlibat dalam kes rompak van yang membawa silinder gas di Jalan 77 Kampung Perpindahan Lambak Kanan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tiada pengakuan diambil daripada Mohd Azreey bin Haji Musa di hadapan Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman.

Timbalan Pendakwa Raya Pengiran Suzana binti Pengiran Haji Abas memohon kepada mahkamah supaya tertuduh ditahan reman bagi membantu siasatan polis. Pemangku Majistret Kanan menetapkan 16 Julai untuk sebutan semula.

Tertuduh ditangkap di sebuah bilik sewa di Kiulap kira-kira jam 1:10 pagi kelmarin.

Tertuduh bersama dua orang rakannya didakwa merompak secara berkumpulan dengan menghadang van berkenaan dan mengarahkan pemandunya, Rajesh Seetharaman berusia 35 tahun untuk menyerahkan wang $44 dan telefon bimbit Samsung Galaxy S2.

Kejadian berlaku di Jalan 77, Kampung Perpindahan Lambak Kanan sekitar jam 9:30 pagi pada 8 Julai 2015.

Dua rakannya, Pengiran Zamani bin Pengiran Metasan/Daud dan Awangku Saiful Nizam bin Pengiran Metasan/Daud telah pun dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu lalu.

ARTIKEL YANG SAMA