Rompakan kedai senjata api Thailand, seorang maut

Rompakan kedai senjata api Thailand, seorang maut

BANGKOK, 4 Mac (AFP) – Satu rompakan yang dilakukan oleh empat lelaki Mongolia telah berlaku di sebuah kedai senjata Bangkok hari ini yang mana salah seorang daripada mereka mati selepas kejadian tembak menembak berlaku di kawasan Chinatown di bandar itu, kata polis.

Pihak Polis berkata lelaki memegang pasport China, telah menyerbu kedai itu dengan senjata api-BB dalam usaha untuk mencuri senjata api sebenar. Tetapi usaha mereka telah digagalkan selepas pemilik kedai melepaskan tembakan ke arah perompak.

Polis bersenjata dengan cepat bertindak dan menyertai tembakan dan tiga daripada perompak itu cedera, manakala seorang lagi mati di hospital. Para pegawai masih memburu pemimpin rangkaian, yang menurut mereka telah memasuki Thailand beberapa kali.

“Mereka merancang operasi itu dengan baik, yang mana mereka telah memeriksa kedai itu sehari lebih awal daripada kejadian rompakan itu,” kata ketua polis negara, Chakthip Chaijinda memberitahu kepada pemberita di tempat kejadian.

“Tujuan mereka adalah untuk mencuri senjata tetapi kita tidak tahu apa yang mereka rancang dengan menggunakan senjata itu,” kata beliau sambil menambah mereka adalah warga Mongolia.

Pemilikan senjata api telah berleluasa di Thailand dan kumpulan pemerhati berkata bahawa negara itu mempunyai kadar pembunuhan senjata api yang terbesar di Asia.

ARTIKEL YANG SAMA