Ronald Koeman bos baru Everton

Ronald Koeman bos baru Everton

LONDON, 8 Jun – Everton sudah mencapai persetujuan bersama pengendali dari Belanda, Ronald Koeman untuk menjadi pengurus kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, lapor BBC sebentar tadi.

Pengendali berusia 53 tahun itu yang membimbing Southampton untuk tempoh dua tahun terakhir, akan menggantikan Roberto Martinez yang dipecat hanya beberapa jam sebelum berakhir kempen musim lalu.

The Toffees akan membayar sekitar STG5 juta (RM29.5 juta) untuk Koeman selepas menamatkan saingan liga musim lalu di kedudukan ke-11, dengan Martinez pernah berjanji slot ke Liga Juara-Juara sebaik dilantik.

Koeman yang sedang bercuti, akan membawa abangnya Erwin dan jurulatih kecergasan, Jan Kluitenberg bersamanya ke Goodison Park musim depan. – AFP

Gambar fail – Ronald Koeman akan menggantikan jawatan Roberto Martinez selaku pengendali Everton. – AFP
Gambar fail – Ronald Koeman akan menggantikan jawatan Roberto Martinez selaku pengendali Everton. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA