Ronaldinho langkah kanan

Ronaldinho langkah kanan

SAO PAULO, 2 Ogos (Reuters) – Ronaldinho Gaucho membuat kepulangan ke dalam bola sepak Brazil dengan jayanya semalam apabila membuat umpanan untuk memberikan Fluminense kemenangan 1-0 ke atas Gremio di Stadium Maracana.

Bekas penyerang Barcelona itu dibayangi masa lalunya tetapi hantaran beliau ke dalam kotak selepas 76 minit disambut oleh Marcos Junior yang berjaya mengelecek penjaga gol sehingga menemui lubuk untuk menjaringkan gol.

“Adalah penting untuk bermula dengan kemenangan,” kata Ronaldinho dalam satu wawancara siaran langsung televisyen. “Saya gembira, sekarang saya hanya perlu terus bekerja dari sini.”

Bekas Pemain Terbaik Dunia berusia 35 tahun itu baru beraksi dalam perlawanan kompetitif sejak meninggalkan pasukan Queretaro Mexico Jun lalu dan beliau dijangka beraksi hanya untuk 45 minit.

Ronaldinho ketika menyertai latihan pertama bersama pasukan barunya di Rio de Janeiro 27 Julai lalu. – Reuters
Ronaldinho ketika menyertai latihan pertama bersama pasukan barunya di Rio de Janeiro 27 Julai lalu. – Reuters

Walaupun terlepas banyak cubaan hantaran, beliau beraksi di padang untuk keseluruhan permainan dan amat menggembirakan 33,000 penonton.

“Saya tidak tahu jika saya dapat menguruskan keseluruhan 90 minit tetapi saya amat gembira,” katanya. Kemenangan itu mengangkat Fluminense ke tempat ketiga dalam jadual liga.

ARTIKEL YANG SAMA