Ronaldo balas balik kenyataan Xavi

Ronaldo balas balik kenyataan Xavi

MADRID, 11 Sept – Cristiano Ronaldo membalas balik kenyataan legenda Barcelona Xavi Hernandez dengan mengatakan pemain Sepanyol itu tidak berupaya untuk memenangi Ballon d’Or dan mendakwa dia merupakan pemain yang paling dimahukan di planet ini.

Xavi yang sekarang ini bermain untuk pasukan Al Sadd di Qatar, memberitahu stesen radio Sepanyol La SER awal minggu ini, walaupun segala macam pencapaian Ronaldo namun dia tidak begitu hampir untuk dibandingkan dengan bekas rakan sepasukannya di Barca iaitu Lionel Messi.

“Sesuatu telah dikeluarkan beberapa hari ini melalui Online yang mengatakan saya adalah pemain yang paling dicari di Internet,” ujar Ronaldo, yang melakukan jaringan kembali setelah mengalami kecederaan selama dua bulan dalam kemenangan Madrid 5-2 ke atas Osasuna kelmarin.

“Apabila para pemain, para jurulatih mahu untuk muncul pada muka depan mereka akan bercakap mengenai Cris, ia adalah normal. Apa saya peduli akan apa yang Xavi kata.

“Xavi bermain di Qatar, ia tidak kena mengena. Xavi telah memenangi segala-galanya, Piala Dunia, Kejohanan Eropah… dan dia tidak pernah memenangi Ballon d’Or.”

Secara jelas, Ronaldo adalah pilihan utama untuk menewaskan Messi untuk memenangi Ballon d’Or Januari ini setelah memenangi Liga Juara-juara bersama Madrid pada bulan Mei dan mengakhiri penantian Portugal untuk memenangi kejohanan Euro 2016.

Madrid dijangkakan akan mengumumkan pelanjutan kontrak utama buat Ronaldo sebelum hujung bulan ini.

Dan pemain berusia 31 tahun itu telah meminta presiden Real Florentino Perez untuk melanjutkan perjanjiannya buat sedekat untuk memastikan pengakhiran kerjayanya di Bernabeu.

“Jika saya presiden Real Madrid dan saya mempunyai pemain seperti saya, saya akan memperbaharuinya untuk sekurang-kurangnya 10 tahun,” tambah Ronaldo. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA