Ronaldo cuba perbaiki prestasi

Ronaldo cuba perbaiki prestasi

PARIS, 17 Jun (AFP) – Bintang Portugal Cristiano Ronaldo sedang cuba memperbaiki prestasi kurang menyerlah dan beberapa perkataan kurang bijak apabila pasukannya menentang Austria pada EURO 2016, awal pagi Ahad.

Ronaldo tidak menyerlah pada perlawanan pembukaan Kumpulan F, dan selepas seri 1-1 menentang Iceland dia mengecam pasukan kerdil dari Atlantik Utara itu sebagai ‘mentaliti kecil’ kerana taktik bertahan mereka.

Pertahanan Iceland mengawal rapi Ronaldo yang sedang mencari gol yang akan menjadikan dia orang pertama meledak dalam empat Kejohanan Eropah.

Kecaman yang dilemparkan penyerang Real Madrid itu mencetuskan kemarahan pemain Iceland dengan Karni Arnason melabelkannya sebagai ‘bukan manusia yang mulia’.

Ronaldo ketika menjalani latihan di kem pang-kalan pasukan di Marcoussis, selatan Perancis kelmarin. – AFP
Ronaldo ketika menjalani latihan di kem pang-kalan pasukan di Marcoussis, selatan Perancis kelmarin. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Selain mengawal Ronaldo, Austria juga perlu menyerang selepas pasukan yang diketuai bintang Bayern Munich, David Alaba dikejutkan dengan kekalahan 2-0 oleh pasukan jiran Hungary pada perlawanan pembukaan.

“Kumpulan ini adalah biasa, walaupun seri kami masih merasa baik,” kata pemain remaja Portugal Renato Sanches, yang akan beraksi bersama Alaba di Bayern pada musim depan selepas perpindahan 35 juta euro dari Benfica.