Ronaldo, Ibra taruhan City, PSG

Ronaldo, Ibra taruhan City, PSG

PARIS, 12 April (AFP) – Real Madrid dan Paris Saint-Germain akan mengharapkan penyerang hebat mereka Cristiano Ronaldo dan Zlatan Ibrahimovic dalam usaha terdesak untuk dapat beraksi dalam separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Wolfsburg dan Manchester City hari ini.

Kelab Paris itu seri 2-2 di Parc des Princes Rabu lalu apabila Ibrahimovic tidak dapat menyudahkan tendangan dan persaingan satu lawan satu dengan Joe Hart, sebelum menimbulkan kesilapan City untuk mencipta keputusan seri.

Ancaman ‘clasico’ itu adalah cara yang disifatkan oleh ramai pihak kejutan kekalahan Real Madrid 2-0 dalam pusingan pertama suku akhir di Wolfsburg, yang menyusuli kemenangan di tempat lawan di La Liga kepada musuh ketatnya Barcelona.

Persembahan buruk dari bintang-bintang Real jelas apabila Gareth Bale terus sepi dan Ronaldo jarang sekali memperlihatkan kehebatannya.

Tidak kekurangan keyakinan Ronaldo yang telah menjaringkan 13 gol dalam persaingan setakat ini dalam musim ini, berikrar pasukannya akan menghasilkan keputusan kelayakan.

“Selasa perlu menjadi malam sakti,” kata pemain Portugal itu. “Kunci matlamat ialah memasuki pusingan seterusnya. Itu adalah satu-satunya pilihan yang akan membolehkan kami para pemain dan peminat meninggalkan stadium dengan rasa gembira.

Tanpa mengira rekod jaringannya yang mengagumkan, Ronaldo berdiam diri berhubung kemenangan agregat 1-0 dalam kedua-dua pusingan suku akhir musim lalu ke atas Atletico Madrid ketika Javier Hernandez mencipta gol penting daripada bantuan Ronaldo.

Pemain antarabangsa Jerman Julian Draxier mengenal pasti kapten Portugal sebagai ancaman utama bagi Wolfsburg dan juga menegaskan dia mempunyai tabiat menjaringkan gol ke atas pasukan Jerman.