Ronaldo intai rekod Dortmund

Ronaldo intai rekod Dortmund

DORTMUND, Jerman, 27 Sept – Cristiano Ronaldo (gambar) mungkin melakar lebih banyak sejarah Liga Juara-Juara hari ini apabila Real Madrid berusaha untuk menamatkan kekalahan berturut-turut mereka di Borussia Dortmund.

Hatrik Ronaldo di Dortmund yang berang selepas digantikan Sabtu lalu, akan menyaksikannya menjadi pemain pertama menjaringkan 100 gol Eropah.

Jurulatih Real Zinedine Zidane menggantikan Ronaldo pada 20 minit terakhir dalam keputusan seri 2-2 di Las Palmas dalam liga Sepanyol Sabtu lalu.

Bintang Portugal itu tidak dapat memandang muka Zidane ketika keluar tetapi jurulatihnya tidak mengambil kisah perkara itu.

“Bukan hanya Ronaldo kecewa apabila digantikan,” kata pengurus dari Perancis itu. “Kami perlu hidup dengan perbincangan. Saya tidak bodoh, dia juga tidak bodoh. Kami membuat perjalanan ke sini dengan hanya satu gol dan kami hanya memikirkan perlawanan.”

Jaringan penyamaan sepakan percuma Ronaldo dalam kebangkitan semula Real 2-1 ke atas Sporting Lisbon dalam aksi pertama Kumpulan F, malam yang sama Dortmund menang 6-0 di Legia Warsaw, yang menyaksikannya menyumbat 97 gol dalam perlawanan kelab Eropah.

Pesaing utamanya dalam perebutan 100 gol adalah bintang Barcelona Lionel Messi, yang mencatatkan 89 gol. Tetapi Borussia mahu mengekalkan rekod tanpa kalah mereka menentang Real, yang menang empat kali dalam 29 perlawanan di gelanggang luar menentang kelab dari Jerman itu.

Stadium Signal Iduna Park Dortmund memberikan memori buruk bagi Madrid yang tewas dalam tiga kunjungan ke gelanggang gergasi Bundesliga itu.

Kekalahan 2-0 di Dortmund pada suku akhir 2014 hadir setahun selepas kekalahan 4-1 mereka pada separuh akhir 2013 apabila Robert Lewandowski menjaringkan empat gol bagi Borussia. Mereka tewas dalam peringkat kumpulan 2-1 di Dortmund pada 2012. – AFP

Juara

ARTIKEL YANG SAMA