Ronaldo jaring gol ke-30 saingan La Liga

Ronaldo jaring gol ke-30 saingan La Liga

BARCELONA, 10 April (AFP) – Cristiano Ronaldo menjadi pemain pertama meledak 30 gol dalam saingan La Liga bagi enam musim berturut-turut, ketika dia membantu Real Madrid membelasah Eibar, 4-0 di laman sendiri, malam tadi.

Real Madrid kembali bangkit dari kekalahan memalukan dalam persaingan Liga Juara–Juara mereka menentang Wolfsburg pada pertengahan minggu lalu untuk menghampiri empat mata di belakang Barcelona yang mengungguli kedudukan La Liga dengan kemenangan 4-0.

Atletico Madrid hanya tiga mata di belakang Barca di tangga kedua selepas jaringan menerusi Fernando Torres, Antoine Griezmann dan Koke menyaksikan mereka bangkit dari belakang untuk kemenangan 3-1 di Espanyol.

Cristiano Ronaldo adalah salah satu dari tiga pemain yang kekal dalam kesebelasan Real dari kekalahan 2-0 di Jerman dan pemain dari Portugal itu menjaringkan satu gol dan dua asis ketika Madrid mencatatkan kemenangan 4-0 pada separuh masa pertama dengan James Rodriguez, Lucas Vazquez dan Jese juga menjaringkan gol.

Barca juga beraksi lewat ketika mereka memburu kemenangan di gelanggang luar menentang Real Sociedad buat kali pertama dalam tujuh perlawanan yang merujuk kembali tahun 2007.

Aksi Ronaldo dan Ivan Ramis pada perlawanan di Santiago Bernabeu. Ronaldo menjadi pemain pertama meledak 30 gol dalam saingan La Liga bagi enam musim berturut-turut, sekali gus membantu Real Madrid membelasah Eibar dengan jaringan 4-0. – Reuters
Aksi Ronaldo dan Ivan Ramis pada perlawanan di Santiago Bernabeu. Ronaldo menjadi pemain pertama meledak 30 gol dalam saingan La Liga bagi enam musim berturut-turut, sekali gus membantu Real Madrid membelasah Eibar dengan jaringan 4-0. – Reuters

Jurulatih Real, Zinedine Zidane masih menunjukkan keutamaannya bagi menukar persaingan suku akhir apabila Wolfsburg mengunjungi Bernabeu pada Selasa depan ketika Gareth Bale, Toni Kroos dan Marcelo direhatkan di bangku simpanan, sementara Keylor Navas dan Luka Modric direhatkan dari skuad.

“Saya gembira dengan cara kami beraksi, terutamanya pada separuh masa pertama berbanding separuh masa kedua,’ kata Zidane.

“Kami tahu apa yang menanti kami dan apa yang kami saingi pada Selasa. Sekarang kami hanya perlu berehat dan bersedia secukupnya.”

Biarpun berubah, tuan rumah selalu dalam kedudukan selesa menentang pasukan Basque, yang sekarang belum mencatatkan sebarang kemenangan dalam lapan perlawanan, dari masa Rodriguez menjaringkan gol menerusi sepakan bebas selepas hanya lima minit.

Ronaldo menunjukkan dia berada dalam kedudukan baik pada minit ke-18 apabila memberikan hantaran bagi Vazquez untuk menjaringkan gol kedua.

Permainan serangan mengejut Madrid menyusul dua minit kemudian ketika Jese meluru sebelum berganding bersama Ronaldo untuk menjaringkan gol ke-30 dalam La Liga musim ini dan melanjutkan pendahuluannya kepada empat gol ke atas Luis Suarez dari Barcelona dalam persaingan menjadi penjaring terbanyak liga.