Ronaldo: Kami...

Ronaldo: Kami adalah yang terbaik

MADRID, 18 Mei – Real Madrid kini hanya memerlukan satu mata untuk memenangi La Liga apabila Cristiano Ronaldo meledakkan dua gol menewaskan Celta Vigo 4-1 awal pagi tadi.

Juara Eropah itu mendahului Barcelona tiga mata di puncak liga Sepanyol dan kini hanya perlu mengelakkan kekalahan dalam aksi terakhir di Malaga hujung minggu ini bagi memastikan gelaran liga pertama mereka dalam tempoh lima tahun.

“Kami akan ke sana untuk memenangi perlawanan,” tegas Ronaldo.

“Kami adalah Real Madrid, kami adalah yang terbaik dan kami mahu menjadi juara.”

Ronaldo ketika mengawal bola dalam aksi La Liga menentang Celta Vigo. Real menang 4-1. – AFP
Ronaldo ketika mengawal bola dalam aksi La Liga menentang Celta Vigo. Real menang 4-1. – AFP

Sekali lagi Ronaldo menjadi penentu perlawanan apabila dia menjaringkan gol ke-13 peribadinya dalam lapan perlawanan terakhir dengan penyudah di dalam setiap separuh masa.

Iago Aspas kemudian secara kontroversi telah diarah keluar padang selepas dilayangkan kad kuning kedua kerana menjatuhkan diri tetapi Celta berjaya mengurangkan defisit menerusi percubaan terbias John Guidetti.

Namun, Karim Benzema dan Toni Kross melengkapkan kemenangan dengan masing-masing menjaringkan satu gol bagi mengekalkan laluan Madrid menuju gelaran berganda, La Liga dan Liga Juara-Juara. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA