Ronaldo: Kami lebih berpengalaman

Ronaldo: Kami lebih berpengalaman

MILAN, 29 Mei – Cristiano Ronaldo berkata sepakan penentuan penalti adalah satu peluang permainan selepas menjaringkan sepakan kemenangan untuk memberikan Real Madrid mahkota ke-11 Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

“Sepakan penentuan penalti selalu menjadi loteri, anda tidak tahu apa yang akan berlaku, tetapi kami menunjukkan bahawa pasukan kami lebih berpengalaman dan kami menunjukkan bahawa kami menjaringkan kesemua sepakan penalti, ia adalah sukar dipercayai, malam yang menarik,” Ronaldo memberitahu BT Sport selepas kejayaan sepakan penalti tersebut.

Ronaldo menjaringkan gol sepakan penalti hanya selepas Juanfran gagal menyudahkan sepakan bagi Atletico di stadium San Siro, Milan di mana perlawanan berkesudahan seri 1-1 selepas masa tambahan. Real mencatatkan kemenangan 5-3 menerusi sepakan penalti.

Yannick Carrasco dari Atletico menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-79 selepas Sergio Ramos membuka jaringan bagi pasukan Real pada minit ke 15.

Kebanyakan pemain menamatkan perlawanan dengan mengalami kekejangan.

Ronaldo ketika menjulang piala Liga Juara-Juara. – AFP
Ronaldo ketika menjulang piala Liga Juara-Juara. – AFP

“Ia sukar, ia berakhirnya musim, orang ramai tidak lagi cergas jadi kami perlu berehat sekarang dan melakukannya bagi Kejuaraan Eropah,” kata Ronaldo.

Pemain sayap dari Wales, Gareth Bale berjaya mengatasi kekejangan bagi menjaringkan gol penalti untuk pasukan Real.

“Saya tidak merasakan banyak, saya mengalami kekejangan. Apa yang menarik adalah perasaan,” katanya.

“Ia sukar, pada masa tambahan banyak orang mengalami kekejangan. Kami menunjukkan kekuatan dan ia adalah apa yang kami lalui.

“Saya mengalami kekejangan selepas itu, syukur ia tidak berlaku sebelumnya. Ia satu perasaan yang menarik, saya tidak dapat menggambarkan bagaimana perasaannya.

“Pemain memberikan sebaiknya. Kelab, peminat berada dalam keadaan menarik dalam laluan itu, kami layak menerimanya.”

Dan dia berkata menewaskan pesaing mereka dalam persaingan akhir sekali lagi bagi kali kedua dalam tempoh tiga tahun adalah istimewa.

“Ia adalah perkara penting. Jelas mereka memberikan persaingan yang hebat, saya jelas merasakan simpati bagi mereka tetapi persaingan akhir adalah muktamad dan anda perlu memenanginya.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA