Ronaldo kembali sertai Portugal

Ronaldo kembali sertai Portugal

LISBON, 6 Jun – Pemain harapan Portugal, Cristiano Ronaldo sudah kembali menyertai pasukannya semalam selepas bercuti selama seminggu berikutan kemenangan Liga Juara-Juara bersama Real Madrid baru-baru ini.

Empat hari sebelum mereka seharusnya tiba di Perancis, Ronaldo dan rakan sepasukannya di Madrid, Pepe menyertai latihan di latihan pusat Portugal yang terletak di luar Lisbon.

Ronaldo terlepas aksi persahabatan yang menyaksikan Portugal tewas tipis 0-1 di tangan England kerana dia diberikan rehat selepas menghadapi musim yang padat.

Malah, gambarnya yang sedang menikmati percutian di atas kapal layar di Kepulauan Balearic, Sepanyol berdekatan Ibiza, turut dirakam.

Gambar fail – Perlawanan persahabatan di antara Portugal dan Belgium pada Mac lepas. - AP
Gambar fail – Perlawanan persahabatan di antara Portugal dan Belgium pada Mac lepas. – AP

Penyerang berusia 31 tahun itu dilihat lesu ketika aksi final Liga Juara-Juara bertemu Atletico Madrid di Milan bulan lalu, meskipun dia meledak gol kemenangan pada penentuan sepakan penalti.

Ronaldo juga sedang bergelut dengan masalah kecergasan dalam beberapa minggu kebelakangan ini namun dia dijangka akan beraksi menentang Estonia untuk perlawanan persahabatan dua hari sebelum Euro 2016 membuka tirainya.

Portugal memulakan kempen Eropahnya berdepan Iceland di Saint-Etienne pada 14 Jun. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA