Ronaldo layak terima Ballon d’Or

Ronaldo layak terima Ballon d’Or

MADRID, 20 Nov – Bos Real Madrid, Zinedine Zidane menegaskan dia tidak mempunyai keraguan, Cristiano Ronaldo layak memenangi Ballon d’Or keempat pada Januari depan, hatriknya dalam kemenangan 3-0 ke atas Atletico Madrid semalam mungkin meyakinkan yang lain.

Ronaldo kembali memburu Atletico hanya selepas lima bulan selepas menjaringkan gol penalti dalam kemenangan Liga Juara-Juara kedua Real ke atas pesaing bandar mereka itu dalam tiga musim.

Dalam persaingan akhir setempat La Liga di Vicente Calderon, Atletico, Ronaldo membuka jaringan sebelum menggandakan pendahuluan menerusi sepakan penalti dan melengkapkan hatrik Real Madrid ke-39 dengan penyudah menarik menerusi hantaran lintang daripada Gareth Bale.

“Saya tidak pernah menghadapi sebarang keraguan. Ia bukanlah tiga golnya yang menukar minda saya,” kata Zidane mengenai Ronaldo untuk dimahkotakan pemain terbaik dunia bagi tahun 2016.

“Dia menunjukkannya sepanjang musim lalu, dia menunjukkan setiap perlawanan. Terdapat banyak yang perlu diharapkan daripadanya, tetapi dia berada di depan dari yang lain.” – AFP

Cristiano Ronaldo dijangka akan menjadi pemenang Ballon d’Or menurut Zidane. - AFP
Cristiano Ronaldo dijangka akan menjadi pemenang Ballon d’Or menurut Zidane. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA