Ronaldo, Messi Bersaing Ballon D’or

Ronaldo, Messi Bersaing Ballon D’or

PARIS, 20 Okt – Barisan penyerang blockbuster BBC Real Madrid dan trio pemusnah MSN bertembung merebut anugerah Ballon d’Or 2015 selepas enam daripada mereka berada dalam kalangan 23 pemain di senarai pendek FIFA, hari ini.

Cristiano Ronaldo mencatat rekod kelab dengan gol ke-324 minggu lalu akan mencari gelaran Pemain Terbaik Dunia untuk kali ketiga berturut turut.

Dia berdepan cabaran rakan sepasukan Karim Benzema dari Perancis dan penyerang Wales Gareth Bale membentuk barisan depan kelab Sepanyol menjadi tumpuan MSN. Menyertai mereka pemenang empat kali Lionel Messi, Neymar dan Luis Suarez yang membentuk trio Barcelona meledak 122 gol musim lalu.

Barcelona, yang memenangi La Liga, Liga Juara-Juara dan piala domestik tahun lepas, mempunyai pemain paling ramai dalam senarai pendek dengan, Andres Iniesta, Javier Mascherano dan Ivan Rakitic menyertai tiga calon paling hadapan untuk anugerah itu.

Real mempunyai lima pemain tersenarai dengan pemain Colombia James Rodriguez dan pemenang Piala Dunia Jerman Toni Kroos juga disenaraikan.

Ronaldo (kiri) dan Messi bukan sahaja bersaing di padang, malah mereka juga bersaing untuk Ballo d’Or. – Reuters
Ronaldo (kiri) dan Messi bukan sahaja bersaing di padang, malah mereka juga bersaing untuk Ballo d’Or. – Reuters

Juara Jerman, Bayern Munich juga mempunyai lima wakil untuk anugerah itu dengan Robert Lewandowski, Thomas Mueller, Arjen Robben, Arturo Vidal dan penjaga gol Manuel Neuer.

Vidal disertai oleh rakan senegara dari Chile Alexis Sanchez selepas kejayaan Copa America Julai lalu.

Midfield Manchester City Yaya Toure dan pemenang empat kali pemain terbaik Afrika, adalah satu-satunya pemain bukan Eropah atau Amerika Selatan menyertai senarai itu.Senarai disusun oleh Jawatankuasa Bola Sepak FIFA dan kumpulan pakar bola sepak Perancis. Pemenang akan diumumkan di Zurich pada 11 Januari. – Reuters