Ronaldo, Nani julang Portugal ke final

Ronaldo, Nani julang Portugal ke final

LYON, 7 Julai – Cristiano Ronaldo dan Nani masing-masing meledak satu gol untuk membawa Portugal ke final Euro 2016 selepas menewaskan Wales 2-0 di Stade de Lyon sebentar tadi.

Cristiano Ronaldo mendapat jolokan ‘Dragon-slayer’ apabila beliau mencatatkan rekod sembilan gol dalam Kejohanan Eropah, sekaligus membantu Portugal menewaskan rakan sepasukannya dalam kelab Real Madrid,Gareth Bales dari Wales dan terus melangkah ke perlawanan akhir Euro 2016.

Dengan cemerlang Ronaldo mengatasi pertahanan Wales untuk menjaringkan gol pertama untuk negaranya dalam kemenangan 2-0 di hadapan 50,000 peminat di Stadium Stade de Lyon semalam.

Nani menyudahkan hantaran wira Portugal itu bagi gol kedua yang menyaksikan negara mereka melangkah ke perlawanan akhir pada Ahad ini sama ada menentang pasukan tuan rumah Perancis atau jaguh dunia Jerman.

Sebelum ini Ronaldo dan Bales tidak bercakap sebelum perlawanan semalam. Dengan termeterainya kemenangan, Ronaldo akhirnya memeluk rakan kelabnya itu.

Pasukan Portugal meraikan kemenangan 2-0 mereka setelah berakhir perlawanan bola sepak separuh menentang Wales, di Grand Stade di Decines-Charpieu, Perancis, sebentar tadi. Cristiano Ronaldo dan Nani masing-masing meledak satu gol untuk membawa Portugal ke final Euro 2016 selepas menewaskan Wales 2-0 di Stade de Lyon sebentar tadi. - AP
Pasukan Portugal meraikan kemenangan 2-0 mereka setelah berakhir perlawanan bola sepak separuh menentang Wales, di Grand Stade di Decines-Charpieu, Perancis, sebentar tadi. Cristiano Ronaldo dan Nani masing-masing meledak satu gol untuk membawa Portugal ke final Euro 2016 selepas menewaskan Wales 2-0 di Stade de Lyon sebentar tadi. – AP

“Pasukan ini telah melakukan tugas yang mengagumkan untuk sampai ke perlawanan akhir. Saya berharap Ahad ini kamu akan melihat saya menangis gembira,” kata Ronaldo, yang pada usianya 19 tahun menangis di padang selepas Portugal tewas 1-0 kepada Greece apabila Portugal menjadi tuan rumah Euro 2004.

“Saya sentiasa mengimpikan kemenangan untuk Portugal dan saya harap kini ada masa kami.”

“Saya sangat yakin. Saya patut menang, dan begitu juga Portugal, semua rakyat Portugal juga patut menang.” Bale memberi penghormatan kepada pemain terbaik dunia sebanyak tiga kali itu, yang mana hubungannya tidak selalu lancar di Madrid.

“Dia adalah penjaring gol semula jadi dan dia menjaringkan gol lagi,” kata Bale.

“Kami benar-benar kecewa. Pertama-tama sekali kami perlu merasa bangga akan diri kami sendiri.”

Ronaldo sekali lagi mencatat sejarah dalam Kejuaraan Eropah apabila membantu Portugal menamatkan perjalanan hebat Wales di Euro 2016.

Gol Ronaldo itu meletakkannya setaraf legenda bola sepak Perancis Michel Platini dalam jaringan terbanyak di pusingan akhir Euro dengan sembilan gol.

“Pasukan melaksanakan tugas dengan cemerlang untuk mara ke final,” kata Ronaldo. “Saya harap Ahad ini anda akan melihat saya menangis kegembiraan. “Saya sentiasa katakan yang saya mahu memenangi sesuatu bersama Portugal. Saya sudah berada di pentas tertinggi selama 13 tahun. Statistik tidak pernah berbohong.”

Skuad kendalian Fernando Santos akan bertemu sama ada tuan rumah, Perancis atau juara dunia, Jerman pada final di Stade de France awal pagi Isnin ini. Di Euro 2004, Ronaldo yang ketika itu berusia 19 tahun, tidak dapat menahan sebak selepas Portugal selaku tuan rumah, tewas 1-0 di tangan Greece pada aksi final di Estadio da Luz, Lisbon. – AFP