Ronaldo Nike ‘berpisah tiada’

Ronaldo Nike ‘berpisah tiada’

MADRID, 9 Nov – Sehari selepas menandatangani kontrak baru yang lumayan bersama Real Madrid, Cristiano Ronaldo menambah lagi pendapatannya dengan perjanjian baru bersama Nike, gergasi sukan Amerika Syarikat, semalam.

Dikatakan perjanjian mega yang bernilai jutaan dolar itu menjadikan Ronaldo sebagai ahli sukan yang memperoleh pendapatan tertinggi, mendahului musuhnya di Barcelona, Lionel Messi.

Menurut majalah Amerika Syarikat Forbes, Ronaldo mengatasi Messi pada 2016 dengan pendapatan sebanyak AS$88 juta.

Biarpun tiada angka rasmi, namun kontrak Ronaldo selama lima tahun bersama Real itu dikatakan mempunyai gaji asas 25 juta euro setahun.

Bintang berumur 31 tahun itu juga memperoleh sehingga 40 juta euro setahun bagi perjanjian dengan Nike, menurut akhbar sukan Sepanyol Marca.

Ronaldo meraih pendapatan lumayan apabila Nike mengumumkan kontrak ‘seumur hidup’ bersamanya sehari selepas menandatangani kontrak baru bersama Real Madrid. – AFP
Ronaldo meraih pendapatan lumayan apabila Nike mengumumkan kontrak ‘seumur hidup’ bersamanya sehari selepas menandatangani kontrak baru bersama Real Madrid. – AFP

Marca dan AS berkata, perjanjian Nike dengan penyerang sensasi Portugal itu adalah bagi seumur hidup seperti mana antara Nike dan legenda bola keranjang Michael Jordan.

“Saya mempunyai hubungan baik dengan jenama ini, saya mempunyai kawan baik di syarikat ini di sini,” kata Ronaldo dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Nike bagi mengumumkan ‘kontrak baru jangka panjang’ itu. “Kami bekerja sebagai sebuah keluarga juga. Ini adalah jenama saya,” katanya.

Ronaldo pada Isnin mengisyaratkan hasratnya untuk beraksi 10 tahun lagi selepas melengkapkan impian tahunnanya.

Pemain Terbaik Dunia tiga kali itu menikmati kebanyakan kejayaannya pada peringkat kolektif, menjaringkan panalti ketika Madrid memenangi Liga Juara-Juara untuk kali ke-11 pada Mei sebelum mengepalai Portugal untuk mahkota utama dengan kemenangan Euro 2016. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA