Ronaldo penggerak Real Madrid

Ronaldo penggerak Real Madrid

MADRID, 1 Jan (Reuters) – Jurulatih Real Madrid Rafa Benitez yang dibidas akan memberi perhatian pada Cristiano Ronaldo untuk menggerakkan pasukan itu mara menentang Valencia pada hari Ahad ini ketika mereka bermatlamat melupakan tahun 2015 yang mengecewakan.

Itu adalah tahun yang menjanjikan begitu banyak selepas menang 22 kali untuk menamatkan tahun 2014, tetapi akhirnya dibayangi oleh pasukan dominan, Barcelona yang telah memenangi lima trofi dan mencatatkan rekod Sepanyol dengan 180 gol dalam kempen itu.

Tekanan meningkat di Bernabeu dan bunyi wisel yang menyambut Benitez sebelum kemenangan mereka ke atas Real Scoiedad pada Rabu lalu adalah menunjukkan rasa tidak puas hati orang ramai.

Benitez dibawa oleh presiden Florentino Perez untuk menggantikan Carlo Ancelotti dan menamatkan hegemoni Barca tetapi setakat ini dia tidak mampu membawa hasil atau gaya permainan untuk memenangi hati para peminat.

Real menduduki tangga ketiga La Liga dengan 36 mata, dua mata di belakang Barcelona dan Atletico Madrid, manakala Catalans juga masih berbaki satu perlawanan.

Rafa Benitez berharap Ronaldo berupaya untuk menggerakkan Real Madrid untuk mencapai kemenangan. – Reuters
Rafa Benitez berharap Ronaldo berupaya untuk menggerakkan Real Madrid untuk mencapai kemenangan. – Reuters

Bagaimanapun, prestasi baru-baru ini dari Ronaldo, yang telah menjaringkan 12 gol dalam tujuh perlawanan lalunya, telah menjadi pemangkin.

Dia telah menjaringkan dua gol apabila menentang Sociedad termasuklah menyudahkan penalti sebelum waktu rehat setelah terlepas peluang 20 minit sebelumnya untuk mengakhiri 2015 dengan 57 gol bagi kelab dan negara.

“Dia menjadi penggerak pasukan,” Benitez memberitahu sidang media.

“Saya mengucapkan tahniah kepadanya dan pemain-pemain lain yang telah bersatu. Dia bersedia untuk menerima tanggungjawab selepas terlepas penalti dan mengangkat semangat pasukan itu.

“Matlamat kami ialah untuk memenangi trofi musim ini dan saya berpendapat kami pada kedudukan betul.”