Ronaldo perlu terima hakikat – Zidane

Ronaldo perlu terima hakikat – Zidane

MADRID, 25 Sept – Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane menegaskan Cristiano Ronaldo perlu menerima hakikat selepas dia digantikan dengan keadaan kecewa dalam keputusan seri 2-2 juara Eropah itu di Las Palmas.

Zidane menggantikan Pemain Terbaik Tahunan Dunia tiga kali itu dengan Madrid mendahului 2-1 18 minit sebelum tamat, tetapi Ronaldo yang tidak gembira menyaksikan dari bangku simpanan ketika Sergio Araujo menyamakan kedudukan bagi memastikan Real melepaskan mata bagi kali kedua dalam tempoh empat hari.

“Saya kadangkala perlu mengeluarkannya dan malam ini kami melakukannya,” kata Zidane.

“Ia tidak akan menukar apa yang akan kami lakukan untuk terus dilakukan.”

Di barisan depan bagi fikiran Zidane adalah pertembungan besar Real dalam Liga Juara-Juara menentang Borussia Dortmund pada Selasa depan.

Ronaldo berasa kecewa apabila digantikan pada perlawanan di antara Real Madrid dan Las Palmas yang berkesudahan seri 2-2. - AFP
Ronaldo berasa kecewa apabila digantikan pada perlawanan di antara Real Madrid dan Las Palmas yang berkesudahan seri 2-2. – AFP

Bagaimanapun, Ronaldo melalui malam hambar di depan gawang ketika dia melepaskan peluang menarik daripada hantaran Alvaro Morata sebelum berakhir separuh masa pertama dan melepaskan rembatan terus kepada Javi Varas dalam menghasilkan gol kedua Madrid.

“Kami mempunyai perlawanan pada Selasa dan saya rasa sudah tiba masanya untuk mengeluarkannya, 20 minit sebelum tamat, memikirkan mengenai perlawanan pada Selasa,” tambah Zidane.

“Saya tahu dia selalu mahu untuk beraksi dan selalu mahu kekal di atas padang, tetapi saya perlu memikirkan mengenai pemain dan bagi saya ia adalah baik untuk berehat dan memikirkan mengenai perlawanan Selasa.”

Ronaldo melengkapkan 90 minit dua kali musim ini, ketika dia juga digantikan lebih awal ketika aksi kembalinya dari kecederaan ligamen lutut menentang Osasuna awal bulan lalu dan terlepas perlawanan dalam kemenangan pada hujung minggu lalu di Espanyol kerana sakit. – AFP