Ronaldo promosi gajet otot di Jepun

Ronaldo promosi gajet otot di Jepun

TOKYO, 8 Julai (AFP) – Cristiano Ronaldo yang kelihatan malu-malu berada di Tokyo semalam untuk mempromosikan gajet elektrik rangsangan otot, setahun selepas beliau melawat untuk mempromosikan alat meningkatkan senyuman yang sedikit kelihatan seperti boomerang.

Bintang Real Madrid berusia 30 tahun itu muncul di sebuah pentas di Tokyo bermandikan asap putih dan cahaya terang-benderang. Kemudian dia hanya berdiri di sana untuk seketika, nampak tidak selesa sehinggalah dia disertai oleh penaja dan seorang penterjemah.

Satu tayangan video dimainkan pada skrin menunjukkan bentuk badan Ronaldo dengan toner otot elektrik melekat pada abdomen beliau. Syarikat yang mencipta peranti itu mendakwa, gajet itu adalah cara mudah untuk mencapai kepejalan seperti Ronaldo.

Acara semalam diadakan genap setahun selepas pemain Portugis itu diejek dalam media sosial kerana mengiklankan alat senaman muka yang diletakkan di antara gigi dan mengangguk kepala untuk meregangkannya.

Cristiano Ronaldo menyentuh figura beliau yang dihasilkan menggunakan pencetak 3D semasa majlis promosi gajet otot di Tokyo petang tadi. - AFP
Cristiano Ronaldo menyentuh figura beliau yang dihasilkan menggunakan pencetak 3D semasa majlis promosi gajet otot di Tokyo petang tadi. – AFP

Walaupun banyak permintaan oleh jurugambar dan hos TV agar beliau mencuba alat senaman muka itu, superstar yang menerima bayaran lumayan itu bagaimanapun enggan meletakkan peranti itu di dalam mulutnya.

Jepun adalah destinasi biasa bagi bintang Eropah atau Amerika yang dibayar lumayan untuk menjual beberapa produk yang baharu.