Ronaldo puji Zidane

Ronaldo puji Zidane

MADRID, 5 Mei (AFP) – Cristiano Ronaldo memuji impak yang dihasilkan Zinedine Zidane ketika jurulatih dari Perancis itu membawa gergasi Sepanyol ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara dengan kemenangan 1-0 ke atas Manchester City semalam.

Jaringan sendiri separuh masa pertama midfield dari Brazil, Fernando adalah satu-satunya perbezaan antara kedua-dua pasukan dalam dua perlawanan tersebut ketika Real mencatatkan ulangan final 2014 menentang pesaing setempat Atletico Madrid di Milan 28 Mei nanti.

Zidane menggantikan Rafael Benitez yang dipecat selepas Madrid berada dalam krisis pada Januari lalu, tetapi mara buat kali kedua ke final dalam tempoh 14 tahun sejak dia menjaringkan gol kemenangan Real ketika menentang Bayer Leverkusen pada 2002.

“Zidane melakukan tugasan yang bagus,” kata Ronaldo.

“Saya mengaguminya sebagai seorang jurulatih dan saya berharap dia akan meneruskan tugasan itu.

Reaksi Zidane ketika mengendalikan pasukannya menentang Manchester City di Santiago Bernabeu, kelmarin. – AFP
Reaksi Zidane ketika mengendalikan pasukannya menentang Manchester City di Santiago Bernabeu, kelmarin. – AFP

“Kami selalu menyokong Zidane kerana dia seorang yang merendah diri, suka mendengar dan selalu menjadikan banyak perkara mudah.”

Ronaldo kembali selepas tidak beraksi dalam tiga perlawanan kerana kecederaan paha, tetapi berjaya mengatasi rekodnya sendiri untuk 17 jaringan Liga Juara-Juara semusim dengan satu perlawanan sengit bagi beberapa peluang yang jelas.

“Ia perlawanan yang lengkap, pasukan beraksi dengan baik dan kami boleh menamatkannya dengan gol kedua – jaringan 1-0 itu sukar tetapi sudah mencukupi,” tambah Ronaldo.

Zidane mengakui dia boleh menikmati beberapa kejayaan dengan kebangkitan semula Real dalam 19 daripada 24 perlawanan kendaliannya, tetapi beliau tetap memuji pemainnya.

“Saya seorang jurulatih, jadi saya melakukan yang tepat, tetapi ia bukan hanya saya,” kata jurulatih dari Perancis itu.

“Ia mengenai persoalan semua orang yang bertugas dengan saya dan paling penting adalah para pemain. Mereka yang membolehkan anda menang dalam bola sepak.”

ARTIKEL YANG SAMA