Ronaldo sasar rekod jaringan

Ronaldo sasar rekod jaringan

MADRID, 25 Mei – Cristiano Ronaldo dari Real Madrid tidak hanya menumpukan bagi kejayaan Liga Juara–Juara ketiganya pada Sabtu ini di Milan menentang pasukan jiran, Atletico, tetapi juga bagi rekod jaringan baru dalam persaingan yang berprestij itu.

Pemain veteran itu, 31, mengungguli carta penjaring terbanyak sepanjang masa Liga Juara-Juara/Piala dengan 93 gol, 10 jaringan didepan pesaing terdekat, Lionel Messi dari Barcelona.

Dia juga memegang rekod bagi jumlah jaringan tertinggi dalam semusim dalam perlawanan itu, setelah menjaringkan gol 17 kali dua tahun lalu, apabila Real menewaskan Atletico 4-1 pada masa tambahan.

Dia memiliki peluang untuk mencatatkan lebih baik pada Sabtu ini, dengan menyatakan dia pada masa ini adalah penjaring terbanyak perlawanan itu dengan 16 gol.

Ronaldo menikmati satu lagi musim yang bagus menamatkan lima gol di belakang Luis Suarez dari Barca dalam carta jaringan liga walaupun dia mengalami kecederaan pada akhir musim, yang membawanya dikritik kerana tidak mahu terlepas peluang atau digantikan.

Ronaldo ketika mengadakan latihan bersama kelabnya. – AP
Ronaldo ketika mengadakan latihan bersama kelabnya. – AP

Dalam latihan semalam, empat hari sebelum perlawanan besar, dia mengalami kecederaan paha kanan dalam pertembungan bersama penjaga gol Kiko Casillas dan dalam keadaan tempang. Ketika rakan sepasukannya dan peminat Real menarik nafas, Ronaldo dengan segera mengetepikan ketakutan mereka.

“Ia hanyalah kecederaan ringan, tidak lebih,” kata penjaring gol dari Portugal itu.

“Esok atau sehari selepas itu saya akan dalam keadaan baik. Saya akan berada dalam keadaan sempurna bagi perlawanan akhir… kami berlatih dengan baik dan menamatkan musim dengan baik

“Ia adalah musim yang bagus bagi saya, walaupun kami masih belum memenangi sebarang trofi sama sekali. Ia adalah hari Sabtu penting bagi kami.” – dpa

ARTIKEL YANG SAMA