Ronaldo sedia hadapi Croatia

Ronaldo sedia hadapi Croatia

LENS, Perancis, 24 Jun (AFP) – Cristiano Ronaldo bangkit dari tidur Euro 2016 untuk menyelamatkan Portugal daripada penyingkiran awal, tetapi menghadapi cabaran besar menentang pasukan Croatia yang digelar jurulatih Portugal Fernando Santos sebagai “jerung”.

Ronaldo mencatat sejarah sebagai pemain pertama menjaringkan gol dalam empat Kejohanan Eropah dengan dua jaringan dalam keputusan yang seri 3-3 menentang Hungary. Keputusan itu menyaksikan Portugal berada di belakang Iceland dan Hungary di tempat tiga dalam Kumpulan F.

Bintang Real Madrid itu mencatat lebih banyak rekod dan hanya ketinggalan satu gol di belakang legenda Perancis, Michel Platini dengan sembilan gol bagi Kejohanan Eropah.

Bagaimanapun, Ronaldo enggan untuk menerima Portugal sebagai pasukan bawahan menentang Croatia yang mengejutkan juara dua kali Sepanyol untuk mengungguli Kumpulan D.

Kombinasi gambar fail Ronaldo (kiri) di Decines-Charpieu dekat Lyon pada 22 Jun lalu dan midfield Croatia Ivan Perisic di Rijeka pada 4 Jun lalu. Croatia akan berdepan Portugal di Lens esok. – AFP
Kombinasi gambar fail Ronaldo (kiri) di Decines-Charpieu dekat Lyon pada 22 Jun lalu dan midfield Croatia Ivan Perisic di Rijeka pada 4 Jun lalu. Croatia akan berdepan Portugal di Lens esok. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Kami berjaya dan sekarang menghadapi pasukan yang bagus, tetapi kedudukannya 50/50,” kata Ronaldo. “Croatia adalah pasukan yang kuat, dengan pemain yang bagus. Tidak semua pasukan mampu menewaskan Sepanyol. Kami menghormati mereka, tetapi kami tahu kekuatan kami dan kami melihat mereka di mata apabila bertemu.”

Croatia dilihat lebih kuat bagi pertemuan di Lilee (1900GMT) esok berbanding Sepanyol dengan aksi kembali rakan sepasukan Ronaldo dari Real Madrid, Luka Modric daripada kecederaan.

Penyerang Juventus Mario Mandzukic dilihat kembali untuk mendapatkan tempatnya selepas jurulatih Croatia, Ante Cacic membuat lima pertukaran bagi kemenangan bersejarah ke atas Sepanyol.

“Croatia adalah salah seekor jerung yang cuba kami hindari,” jelas Santos. “Mereka berada di kedudukan teratas kumpulan bersama Sepanyol, yang memberitahu anda, apa yang anda perlu tahu mengenai mereka”.

Bagaimanapun, Santos meletakkan kepercayaan kepada Ronaldo untuk sekali lagi menjawab panggilan negaranya selepas dua jaringan.

ARTIKEL YANG SAMA