Ronaldo temui rentak

Ronaldo temui rentak

MADRID, 16 Feb – Jurulatih Real Madrid Zinedine Zidane melihat Cristiano Ronaldo berada dalam rentak terbaik ketika pemain dari Portugal itu dilihat mahu menambah jaringannya dalam Liga Juara-Juara apabila mereka mengunjungi AS Roma dalam perlawanan pertama pusingan 16 terakhir esok.

Ronaldo adalah penjaring terbanyak musim ini dengan 11 gol, rekod bagi fasa kumpulan. Zidane, pemenang Liga Juara-Juara yang beraksi bagi Real pada 2002, berkata Ronaldo berada dalam rentak terbaik selepas menjaringkan dua gol dalam kemenangan liga 4-2 ke atas Athletic Bilbao, semalam.

“Cristiano penting di bahagian sayap kerana apabila membuat serangan dia begitu bagus…dia begitu sukar untuk disaingi,” tambah Zidane sebelum aksi di Stadio Olimpico. Begitulah kami menjaringkan gol pertama menentang Athletic.”

Pertahanan, Marcelo pulih lebih cepat kecederaan bahu berbanding jangkaan yang selepas tidak beraksi dalam perlawanan di laman sendiri Sabtu lalu. Dia kembali berlatih semalam dan dinamakan dalam skuad itu.

“Kami perlu bimbang dengan kelajuan pemain (Roma) kerana ia boleh menjejaskan kami,” pemain penyerang Real, Karim Benezema yang dipetik sebagai berkata dalam Mundo Deportivo.

Cristiano Ronaldo (kiri) menjaringkan gol dalam perlawanan liga menentang Athletic Club Bilbao di stadium Santiago Bernabeu, 13 Februari lalu. – AFP
Cristiano Ronaldo (kiri) menjaringkan gol dalam perlawanan liga menentang Athletic Club Bilbao di stadium Santiago Bernabeu, 13 Februari lalu. – AFP

“Mereka akan beraksi untuk menang kerana ia perlawanan penting mereka di laman sendiri. Kami juga perlu menangi kerana kami tahu untuk layak kuncinya ialah perlawanan pertama…jika kami beraksi dengan terbaik, kami akan menang.”

Isco dilihat pasti untuk beraksi di bahagian midfield dengan Zidane berkata dia memberikan Mateo Kovacic peluang menentang Athletic untuk merehatkan pemain dari Sepanyol itu, yang biasa beraksi bersama Toni Kross dan Luka Modric di bawah kendalian pengurus dari Perancis itu.

Perlawanan itu meletakkan dua jurulatih yang baru dilantik baru-baru ini untuk bersaing sesama sendiri selepas Zidane dan Luciano Spalletti membimbing bulan lalu.

Spalletti kembali untuk kali kedua di Roma, yang mencatatkan empat kemenangan dalam Serie A, bagi menggantikan Rudi Garcia. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA