Ronaldo wira Portugal

Ronaldo wira Portugal

YEREVAN, 15 Jun (AFP) – Portugal mendahului lima mata dalam Kumpulan I kelayakan Kejuaraan Eropah apabila Cristiano Ronaldo menjaringkan hatrik buat kali ketiga berturut-turut menerusi kemenangan 3-2 ke atas Armenia.

Pemain Portugal itu yang beraksi dengan pasukannya hanya mempunyai 10 pemain pada 30 minit terakhir, dikejutkan Armenia yang hanya mengutip satu mata dalam empat perlawanan peringkat kumpulan.

Pasukan tuan rumah itu di bawah pengurusan baru selepas bekas jurulatih dari Switzerland Bernard Challandes melepaskan jawatan berikutan kekalahan 1-2 dalam perlawanan kelayakan menentang Albania.

Sargis Hovsepyan yang mengumpul cap terbanyak negara itu dengan 131 penampilan, menggalas tugas itu dan ia mempengaruhi permainan pasukan apabila Armenia mendahului seawal minit ke-14 menerusi pemain kelahiran Brazil Marcos Pizzelli.

Namun, Ronaldo menyamakan kedudukan buat Portugal selepas setengah jam perlawanan menerusi sepakan penalti. Bintang Real Madrid terus menguasai perlawanan pada minit ke-55.

Reaksi Ronaldo meraikan jaringan semasa menentang Armenia, semalam. – AFP
Reaksi Ronaldo meraikan jaringan semasa menentang Armenia, semalam. – AFP

Jaringan keduanya meletakkan pasukan separuh akhir 2012 itu berada di depan buat kali pertama dan tiga minit kemudian, pemain berusia 30 tahun itu menjaringkan hatrik ketiga selepas dua kali melakukannya untuk Real Madrid musim ini, meletakkan Portugal di depan dengan 3-1.

Namun, selepas pemain tengah Tiago dilayangkan kad merah, Portugal mula terasa kesukaran beraksi dengan kekurangan pemain, membolehkan tuan rumah kembali bangkit.

Jaringan Hrayr Mkoyan merapatkan jurang pada minit ke-72 untuk memberi harapan buat Armenia, tetapi Portugal berjaya mengawal permainan sehingga akhir perlawanan.

ARTIKEL YANG SAMA