Ronaldo yakin terhadap bakatnya

Ronaldo yakin terhadap bakatnya

MADRID, 1 Jan (Agensi) – Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo menegaskan dia tidak kisah dengan segelintir pihak yang mengkritiknya kerana bersikap terlalu yakin.

“Ada orang benci saya, mengatakan saya sombong atau sebagainya. Namun, inilah sebahagian daripada kejayaan saya dan saya dilahirkan untuk menjadi yang terbaik.

“Itu adalah diri saya dan jika semua pencapaian yang saya raih dalam bola sepak disebabkan perkara ini, jadi saya tidak akan mengubah apa-apa. Saya tidur lena setiap malam,” kata Ronaldo dalam temu bual yang disiarkan akhbar Sepanyol, El Mundo.

Kelmarin, Ronaldo membantu mengurangkan tekanan ke atas jurulatih, Rafael Benitez apabila meledak dua gol bagi membantu Real menewaskan Real Sociedad 3-1. Dia kemudiannya menulis mesej di Twitter kepada peminatnya.

Cristiano Ronaldo begitu yakin terhadap bakatnya dan tidak kisah segelintir pihak yang mengkritiknya. – Reuters
Cristiano Ronaldo begitu yakin terhadap bakatnya dan tidak kisah segelintir pihak yang mengkritiknya. – Reuters

“Kamu tidak boleh hidup dengan terlalu memikirkan mengenai apa orang fikir mengenai diri kamu. Jika kamu lakukannya, kamu tidak boleh hidup. Malah, Tuhan pun tidak boleh memuaskan hati semua orang,” katanya.

Dengan usianya kini memasuki 31 tahun, 2015 jelas bukan musim terbaik buat Ronaldo.

Namun, dia menjaringkan 25 gol dalam semua kejohanan musim ini dan menamatkan tahun 2015 dengan keseluruhan 57 gol dalam 58 perlawanan untuk kelab dan negaranya.

Ia mungkin rekod paling rendah dalam empat tahun terakhir ini tetapi tanpa dirinya, Real kemungkinan besar berdepan masalah.

ARTIKEL YANG SAMA