Ronda bersama AS di Laut

Ronda bersama AS di Laut

MANILA, 14 Jan (AFP) – Filipina telah menyeru bagi rondaan bersama dengan Amerika Syarikat di Laut China Selatan yang dipertikaikan, yang mana Manila telah menambah lagi ketegangan berhubung pertikaian wilayah dengan Beijing, jurucakap jabatan pertahanan mengatakan hari ini.

Ucapan itu muncul selepas Mahkamah Tinggi Filipina telah mendukung persetujuan keselamatan 10 tahun yang membuka pintu bagi AS untuk mengoperasikan lebih banyak tentera dan peralatan di Kepulauan Asia Tenggara.

“Perlunya lebih banyak kehadiran usaha sama di Laut China Selatan. Dengan itu, sebagai tambahan kepada kebebasan operasi navigasi AS, kami juga mencadangkan yang kami meronda kawasan itu bersama,” jurucakap Peter Paul Galvez memberitahu para wartawan.

Galvez tidak menyatakan di mana rondaan bersama di Laut China Selatan akan dilaksanakan. China mempertikaikan tuntutan wilayah bersama Filipina di perairan itu, termasuk Brunei, Malaysia, Taiwan dan Vietnam.

Para pembantah berhimpun di hadapan kedutaan AS menentang Perjanjian Peningkatan Kerjasama Pertahanan (EDCA) di Manila pada 14 Januari. Filipina dikatakan akan menawarkan ketenteraan AS menggunakan lapan pangkalan, kata jurucakap tentera kelmarin, selepas mahkamah mendukung persetujuan keselamatan bersama Washington. – AFP
Para pembantah berhimpun di hadapan kedutaan AS menentang Perjanjian Peningkatan Kerjasama Pertahanan (EDCA) di Manila pada 14 Januari. Filipina dikatakan akan menawarkan ketenteraan AS menggunakan lapan pangkalan, kata jurucakap tentera kelmarin, selepas mahkamah mendukung persetujuan keselamatan bersama Washington. – AFP

Sementara Amerika Syarikat tidak menyokong mana-mana tuntutan itu, ia telah memberi China amaran tentang cubaan untuk menyekat laluan udara dan laut menerusi Laut itu – sebuah laluan perkapalan utama, yang kaya dengan sumber mineral dan haiwan lautnya.

Ketegangan memuncak bulan lalu apabila AS menerbangkan dua pesawat pengebom B-52 dekat dengan pulau tiruan yang dibina oleh China.

Setiausaha pertahanan dan luar negeri Filipina dan AS juga mengakhiri mesyuarat di Washington untuk membincangkan hubungan keselamatan mereka.

Jabatan pertahanan Filipina mengatakan dalam satu kenyataan mesyuarat itu telah diakhiri ‘dengan pihak AS mengulang semula komitmen berperisai AS untuk mempertahankan Filipina.”