Rondaan bersama AS-Filipina di Laut China Selatan

Rondaan bersama AS-Filipina di Laut China Selatan

MANILA, 4 Feb – Amerika Syarikat (AS) akan menimbangkan rondaan bersama dengan Filipina di Laut China Selatan sebagai sebahagian usaha untuk memastikan kebebasan pengemudian di perairan itu yang dituntut oleh China, menurut duta AS semalam.

Washington mengundang kemarahan Beijing beberapa bulan kebelakangan dengan menghantar kapal perang AS dan kapal terbang perang untuk rondaan di kepulauan tiruan yang dibina oleh Beijing untuk mengukuhkan tuntutannya ke atas kebanyakan Laut itu. Filipina, salah sebuah negara dari lima buah negara yang menuntut beberapa bahagian jalan air, telah menyokong tindakan ketenteraan AS dan bulan lalu bercadang menyertai rondaan AS.

“AS akan terus menikmati hak kami di bawah undang-undang antarabangsa untuk belayar melalui perairan antarabangsa atau terbang melalui ruang udara antarabangsa,” duta Philip Goldberg memberitahu para pemberita. “Maka saya tidak akan menilai semula apa yang akan kami lakukan atau bila kami akan melakukannya. Sama ada kami akan melakukan itu dengan Filipina. Saya tidak menolak kemungkinan itu.”

Diajukan pertanyaan kemudian, jika dia berpendapat AS akan menyatakan ‘ya’ jika Filipina secara rasmi meminta ia menyertai rondaan bersama di Laut China Selatan, Goldberg berkata “Saya berpendapat begitu.”

Dia menambah kata “Saya berpendapat tidak akan ada sebarang batasan atas apa yang AS boleh lakukan.” – AFP

Reaksi Philip Goldberg semasa bercakap di forum bersama pemberita di Manila. – AFP
Reaksi Philip Goldberg semasa bercakap di forum bersama pemberita di Manila. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA