Rondaan berterusan di RPN Kg Panchor Mengkubau

Rondaan berterusan di RPN Kg Panchor Mengkubau

MERUJUK aduan Insan Simpati yang disiarkan dalam Media Permata keluaran 27 Jun bertajuk ‘Bimbang tiada lampu jalan galak kes kecurian’, adalah diambil maklum.

Untuk pengetahuan Insan Simpati dan penduduk di RPN Kampung Panchor Mengkubau, jawatan Ketua Kampung RPN Kampung Panchor Mengkubau pada masa ini dipangku oleh ketua Kampung Kawasan 2 RPN Mentiri.

Sebarang aduan atau masalah berkaitan RPN Kampung Panchor Mengkubau boleh berhubung terus ke pejabat beliau atau menghubungi di talian 8816623.

Untuk makluman Insan Simpati, RPN kampung ini juga telah menubuhkan pengawasan kejiranan kampung yang mana mereka ini kerap membuat rondaan serta pengawasan bersama anggota Pasukan Polis Diraja Brunei secara berjadual bagi menjaga keselamatan dan keamanan kampung.

Insya Allah sebarang masalah dan aduan daripada biskita akan dapat di tangani melalui prosedur bersama pihak berkaitan dan Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung RPN Kg Panchor Mengkubau turut mengambil maklum untuk diambil tindakan mengenai aduan Insan Simpati.

– Awang Bolhassan, Setiausaha MPK RPN Kg Panchor Mengkubau

ARTIKEL YANG SAMA