Rondaan besar-besaran di Kg Danau

Rondaan besar-besaran di Kg Danau

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 13 Mei – Bagi meningkatkan keselamatan penduduk Kampung Danau, seramai 80 orang anggota Daerah Polis Tutong dan 11 orang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Danau, Tutong, telah mengadakan rondaan pencegahan jenayah besar-besaran kali kedua di kawasan Kampung Danau, semalam.

Sebelum rondaan dijalankan, anggota Daerah Polis Tutong dan ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Danau telah berkumpul di Dewan Kemasyarakatan Kampung Danau bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Siasatan Jenayah Daerah Polis Tutong, DSP Ramzi Hayatina bin Dato Seri Setia Ustaz Haji Ibrahim.

Aktiviti rondaan turut disertai oleh Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, Supt Haji Chipli bin Haji Mohammad dan Pemangku Ketua Kampung Danau, Haji Abdullah bin Haji Mohd Tahir.

Operasi rondaan berjalan kaki dan berkenderaan bermula jam 9 malam hingga 11:30 malam itu dilaksanakan di sekitar kawasan kampung berkenaan yang dibahagikan kepada enam zon. Walau bagaimanapun, tiada kegiatan jenayah didapati sepanjang rondaan dijalankan.

Ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Danau dan anggota Daerah Polis Tutong bergambar ramai sebelum memulakan rondaan pencegahan jenayah besar-besaran.
Ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Danau dan anggota Daerah Polis Tutong bergambar ramai sebelum memulakan rondaan pencegahan jenayah besar-besaran.

ARTIKEL YANG SAMA